Wednesday 27 July 2011

Perabot Cengal Paling Berkualiti

Kami menawarkan 1001 cara menyerikan hiasan kediaman dan laman anda berasaskan kayu Cengal; sajian keindahan pancaindera yang sentiasa menenangkan...

Ironinya, jika dahulu rimbunan pokok menjadi pilihan tetapi kini, penambahan Gazebo dan Buaian Cengal, Meja Taman dan Ruangan Kolam Ikan Koi menjadi citarasa yang eligen.
Kedamaian harus wujud luaran dan dalaman: Kesibukan tugas harian pasti akan terurai pabila melihat ruangan dalam kediaman anda dihiasi dengan pingat-pingat dan cenderamata yang terpamer di dalam kabinet Cengal bercermin, disinari oleh lampu hiasan Cengal tatkala anda beristirehat di atas kerusi Cengal yang tahan berzaman lamanya.
Setelah hilang kepenatan, tibalah masanya untuk menikmati juadah dari air tangan suri hati anda di meja makan Cengal yang indah dan menawan; ruang penambat hati si dia…
 Ketenangan yang berterusan harus wujud agar anda mampu melaksanakan tugasan di hari esok dengan lebih teratur. Justeru itu, bilik peraduan yang terhias dengan katil dan almari berkayu Cengal pasti menenangkan jiwa, malah menyatukan hati antara dua insan yang berjanji sehidup dan semati...
Hubungi saya (En. Jailani) di talian 013-6293917. Kami juga menyediakan perkhidmatan membina landskap dengan harga yang amat berpatutan. Anda juga berpeluang merekabentuk perabot mengikut citarasa tersendiri...